Ekceli ... n3 dah 4 hari duk dalam draft!! Hari ni baru teringat !! Sowiii ..
Pejam, celik … tido, bangun…Tertiba jer, luse, InsyAllah kita berpuasa. Alhamdulillah… ade umur lagi sambut bulan puasa lagi tawon ni… Syukor lagi, berpuase dengan mak. Ayah baru aje meneninggal 9/6/2011…
Semalam da buat pre~ramadhan shopping for barang dapok…
Macam la, lepaih ni x gi beli barang dapok … ntah.. dah terbiase. Ni is for barang kering jer, lom gi pasar lagik, Barang wajib is ikan bilis. Pepagi mase sahur… wajib ader ikan bilis tumis bawang ngan cili padi. Klau x x selera la uuu
Lagi satu, is acar buah... musti!! nak kena gi beli jeruk la nih...
Sori x de gambo ...
ACAR BUAH
Bahan-bahan:
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning, mangga jeruk, kurma, lobak asin..potong kecil & cili padi]
500 gm bawang kecil }
10 ulas bawang putih } dikisar
100 cm halia }
100 gm cili kering }
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]
500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering
macam slalu, jgan lupa baca niat pose yee...
Lafaz niat puasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Akhir kate ...