Saturday, 8 September 2012

Ari ni ...

Huiii ... rajin taw ari ni ... Todays lunch ....


Nasi Minyak Oren ....      yang di kopipes  dari  sini 

Untuk menumis)
2 sudu besar minyak masak klu guna minyak sapi lagi wangi
2 sudu besar mentega atau marjerin
Bahan A
1/4 biji bawang besar
2ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm halia, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

2 cawan air ( kalau tukar dengan susu sejat ideal lagi sedap)
1 cawan jus oren ( boleh diganti dengan bancuhan kordial sunkist)
3 cawan beras biasa atau beras jasmine atau beras basmathi, basuh dan tos kan.
1 ikat daun pandan

Cara-caranya.
1. Panaskan minyak dan mentega kemudian tumis bahan A hingga wangi, kemudian masukkan beras dang gaul sebati, kacau selalu dan biarkan sebentar.
2. Selepas itu curahkan beras tadi didalam periuk dan dan masukkan daun pandan dan kismis serta daun pandan, masak seperti biasa dan akhir sekali masukkan kacang gajus dan gaul rata.
3. Hias nasi minyak tadi dengan bawang goreng, dan sedia untuk dihidangkan bersama, lauk sampingan yang lain. Selamat Mencuba.


ok gak rasenye ... Mula tu ... cam was was gak .... pakai jus sunquick ?? Bila makan time tuuuu,  
"sedap la mama ... nasi ni" ... terus   


O yesss .... nasi tu dimakan dengan ....


Ayam Green Curry.....            juga amek dari sini ...

1 ekor ayam
300gm pati santan
1- 2 cawan terung pipit
15 biji cili padi thai, belah dua
4 - 5 tangkai daun selasih (Thai basil)
BAHAN DIKISAR HALUS (REMPAH):-
10 biji cili hijau
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah kecil
2 inci halia
3 pokok ketumbar, dicuci bersih dgn akar sekali
2 batang serai
2 helai daun limau purut
1 inci belacan
2 ulas bawang putih
2 camca besar ketumbar biji
2 camca besar jintan kasar biji
1 camca teh lada putih biji
1 camca teh serbuk kunyit
BAHAN LAIN:-
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
3 biji limau kasturi, diambil jusnya
Cara-cara
-Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/2 cawan). Tumis bahan2 rempah hingga wangi dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
-Masukkan ayam dan gaul rata bersama rempah tadi, biar ayam kecut sedikit dan masukkan air (kurang lebih 700ml).Renihkan hingga ayam 3/4 empuk, masukkan terung pipit. Masukkan pati santan dan perasakan dgn garam dan sedikit gula.
-Akhir sekali masukkan cili padi, daun selasih dan jus limau kasturi tadi. Kacau perlahan2 hingga hingga kuah agak pekat dan boleh dihidangkan. 

jom makan ....



No comments:

Post a Comment